GIVEAWAY: LIST PARTICIPANT

Thursday, 18 January 2018

Repeat and Extend



Selalu nya student kalau dengar je word ‘repeat’ and ‘extend’ mesti seram sejuk dah badan. Untuk yang first time dengar mesti terduduk bila tengok result tulis certain subject tu ‘FAIL’ antaranya aku lahh . HHAHAHAHAHAHAHAH. Im gonna be honest with you guys yeaa.. Yea aku pernah merasa repeat dan extend ni. Nothing to be ashamed about that but don’t proud with that. Jadikan repeat and extend tu as pembakar semangat kau untuk study lebih kuat. Dulu first time aku repeat memang rasa macam “whyyyyyyyyyyy…” tu belum lagi tambah dengan rasa rendah diri dengan member-member class and sekolah. Tapi ye la,, bila dah repeat la baru dapat kesedaran ‘tu la main lagi, tak focus lagi time study, main lagi time jawah test semua tu’ . Memang time tu aku rasa teruk. Tapi Alhamdulillah, peluang kedua sentiasa ada. Aku study balik elok-elok sampai aku pernah sembang dengan pintu toilet time mandi sebab nak hafal Kreb Cycle ( untuk subject bio) , kawan-kawan aku ade yang bercakap dengan dinding and ade jugak yang sembang sorang-sorang tepi bucu katil. Nak hafal and fahamkan chapter tu punya pasal. But it’s worth it. Masa dapat result tu bersyukur gila-gila. Tak sia-sia ‘mengajar’ pintu toilet pasal Biology >.<

Tapi masa sem 4 aku buat hal lagi.. 
but honestly. Aku tak tau mana yang kurang..mungkin sebab final tu aku tak focus kot. Masa sem 4 tu boleh dikatakan tiap-tiap minggu keluar jalan sampai roommate risau la masa tu asyik takde kat bilik je. Kitaorang pernah tak sengaja sampai Pahang sebab petang tu kitaorang plan nak pergi beli makanan je kat pekanTapah tu, tapi tak tau macam mana boleh malam tu ada kat Cameron Highlands. LOL . Actually lepas pergi order makanan tu kitaorang plan nak pergi pusing sampai Kuala Woh je sebab kalau nak tunggu kat kedai memang lambat, time tu orang ramai. Lepas keluar dari Kuala Woh , kitaorang just suka-suka je ‘jom tnegok depan lagi ada apa’ . Last-last nampak signboard and bendera Pahang. Ambik kauuuu . Actually kalau nak cerita episode ‘TAK SENGAJA’ kitaorang tu memang berlambak and lawak gila. Okay berbalik pada topik asal.

Masa sem 4 tu memang terkejut bila dapat result sebab bila tiap kali kali test memang perform habis-habisan ( bukan tujuan untuk riak) , tapi bila final. Hancusssss..  nangis aku tengok result tu -_-‘’

Mula-mula aku tak expect aku akan extend tapi bila tengok result sem 4..hmm.. extend la sebab terlebih kredit hour untuk sem 5. So masa sem 5 aku dah susun cantik dah jadual. Tapi tak sampai 2 bulan, aku dah tergolek atas jalan kat Tapah Road ( aku accident ) . Duduk la kat hospital dalam seminggu, tapi tak tenang duduk sebab dalam seminggu tu la ade 2 test and kuiz bagai. Lepas keluar hospital aku terus balik ke UiTM sebab nak hantar surat cuti tu la ( dalam surat tu tulis MC 30 hari) . last-last aku dapat cuti 1 semester ! Tak best weyh tak best !! maknanya time tu aku terpaksa buat lain FYP and Business Plan untuk ENT tu sem akan datang. Next semester, aku balik tapi as Part 5 , member-member aku dah tukar ke Part 6. So aku jadi ‘adik’ diorang.  Naik part 6, ade lebihan-lebihan batch aku yang tinggal jadi part 7. So bila aku masuk class tu, lecturer akan pelik la sebab aku part 6 tapi aku tak kenal sorang pun student part 6. Yang sesetengah tu aku boleh kenal pun sebab sekelas.

Dari sepatutnya extend 1 semester, aku extend 2 semester. Tapi seriouslahhh.. masuk je sem baru memang aku pulun habis-habisan.

Macam aku yang merasa extend and repeat ni.. hahahahah.. *lap air mata

Nothing bad about that.. setiap apa yang jadi ada hikmahnya. Kita bersyukur la Tuhan uji kita dengan cara tu sebab nak kasi kesedaran pada kita untuk belajar lebih lagi and untuk luaskan pandangan kita terhadap orang lain. Ye, aku pernah jugak jumpa insan bertuah yang tak pernah repeat and extend ni, aku tak kata semua tauuu sesetengah je, sebab mostly aku jumpa semua baik-baik and supportive. Cuma ade sesetengah ni, bila dapat tau aku repeat muka diorang akan pandang sini gila siap sebut ‘’repeat..??” Sies weyh, memang down betul bila diorang buat macam tu. Ade sesetengah tu siap cakap ‘eee..repeat ? aku okay je tak repeat.subject aku lagi susah’ . So bila berhadapan dengan manusia-manusia macam ni, aku buat tak tau je. Don’t let them make you feel down. Setiap manusia ujian dia tak sama. Ada je student yang repeat tu dekan tiap-tiap sem, ade je student repeat tu grad on time dengan result cemerlang. And untuk yang extend pun, ade je grad dengan pointer cantik, ada je dapat dekan. Repeat dan extend bukan kayu ukur kebijaksaan seseorang. Itu Cuma antara kesilapan yang kita lakukan dalam kehidupan kita. Manusia memang tak lari dari kesilapan. Its will make you better person . jangan sesekali anggap diri tu bodoh sebab repeat bagai, mengarut ! you tak bodoh, you Cuma tersilap langkah. Kita semua pernah tersilap langkah. Aku ada kawan yang extend, repeat and tak pernah repeat. Alhamdulillah, diorang memang kawan yang baik. Be supportive , jangan downkan someone disebabkan result kurang cantik. Nothing to be ashamed about fail but don’t proud with it. Anggap semua yang terjadi ni as pengajaran and pengalaman.

Sekian ai merepek.

That’s all πŸ™ƒπŸ’•


10 comments:

  1. Tengkiu kongsi pengalaman ! Doakan saya pulak yang baru nak ke sem 3, result sem lepas pun tak keluar lagi ni, takut jugak kalau kalau fail, minta dijauhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala share pengalaman πŸ˜… Insha Allah lulus. Usaha dan tawakkal tu yang penting. Jgn jadi mcm saya baru tgk jadual exam pun tawakkal πŸ˜…πŸ˜…

      Delete
  2. dulu roommate kena repeat paper, menangis2 dia masa tu tapi selalu je tolong dia supaya dia lulus second time and she did

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sama la kita. Beruntung roommate awak dapat kawan supportive mcm awak ni ☺πŸ’ͺ

      Delete
  3. Nice sharing.. Kadang kita tak jangka tapi terjadi.. Pengalaman tu..

    ReplyDelete
  4. jgn putus asa okey.. dimana ada kemahuan, pasti ada jalan... doa byk2.. minta doa restu mak ayah..

    ReplyDelete
  5. repeat tak repeat u just have to keep on going. dont bother about what others might say. it's u who's going through it.

    ReplyDelete
  6. Dont ever give up! Proud of you.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...