GIVEAWAY: LIST PARTICIPANT

Thursday, 4 January 2018

Melebih-lebih

Hai, 
aku tengah bengang sekarang ni jiran aras atas bilik aku ni. Bising yang amat sangat sampai nak mengamuk bila dengar. Bayangkan la sekarang musim final exam, yeaa..I know paper korang hari lain tak sama apa semua tu. Tapi atleast hormat la sama orang keliling. Ni tak..jerit macam kena histeria dah tu sampai ke tengah malam. Ingatkan bila tengah malam nak senyap la sikit kan..rupanya sampai pukul 3 ,4 pagi. Like..wtf !! korang study sambil jerit-jerit ke ? diorang dah la mantan JPK, tunjuk la contoh yang baik sikit even dah MANTAN !! ini tak.. aku bukannya anti dengan geng-geng JPK, ade je member aku JPK kolej tapi takde la seteruk diorang. Masa jadi JPK tu pun sama jugak teruk perangai, terjerit-jerit tengah malam. Bila siswi lain bising pandai pulak datang tegur penuh berhikmah tapi bila kena ke diorang boleh buat bodoh je. Ada la satu hari tu, aku dengan member-member aku lepak sampai tengah malam di ruang pejalan kaki, then kitaorang nampak geng-geng JPK tu tengok semacam je..kitaorang blah la. Tapi bila tengok perangai diorang yang lag teruk pada siswi lain tu..serious sakit hati.
Yang tambah sakit hatinya…bila kita tegur diorang lagi buat melebih-lebih. Macam haritu, diorang celebrate birthday kawan diorang. Bayangkan bising diorang sampai bingit telinga dengar even aku dah tutup pintu. Diorang sambut dekat aras bawah and since bilik aku arah bawah..memang dengar habis la diorang terjerit-jerit tu sampai tahap aku rasa kalau diorang jerit sampai kena histeria, jangan harap aku nak tolong. Teruk sangat.. budak aras lain tegur la diorang, aku ingatkan dah senyap lepas kena tegur, rupanya tak. Diorang lagi kuatkan suara. LOL degil gila.
Kepada JPk2 yang baca post aku ni, jangan terasa. Aku Cuma luahkan rasa bengang pada set-set mantan JPK aras atas bilik aku ni. JPK-JPK lain aku okay je. Alhamdulillah JPK sem ni baik-baik belaka.

Sekian.

15 comments:

  1. Sabar je laa, kalau ada manusia jenis penting diri ni kann. Pernah rasa jugak situasi macam ni. Haihh.

    ReplyDelete
  2. aigoooo.. tetiba rasa geram skli. sabar je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah jenuh sabar ni..nasib baik dah nak habis sem

      Delete
  3. Sabar jela, JPK tu ape? Jabatan pejalan kaki hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawatan kuasa perwakilan kolej . kira mcm ajk la

      Delete
  4. Saya yang baca pun rasa agak sakit hati juga.

    ReplyDelete
  5. hahaha paham perasaan itu, newayy from uitm kaa ?

    ReplyDelete
  6. haha dah follow sini :D

    http://purrrhana.blogspot.my/

    ReplyDelete
  7. tak boleh buat aduan ke? ishh kita pulak yg geram..humm
    follow sini #202

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah buat aduan.. tapi mcm takde kesan je -_-'

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...