Monday, 12 December 2016

Malam Pra-Graduan Fakulti Sains Gunaan UiTM Tapah

Tarikh : 28 Ogos 2016
Tempat : Casuarina@Meru , Ipoh


Action lebih pulak aku letak ayat pelik-pelik kat atas . Tapi kalau korang berminat nak tempat bilik,dewan dan sebagainya korang boleh click ke ayat Casuarina kat atas tu .
Kesohnya aku saja je nak  cerita apa yang jadi masa majlis tu . Since aku kan otw dari rumah . so aku datang lewat la sikit (not sikit but banyak.. aku lewat setengah jam kottt)  . Kawan-kawan aku semua bertolak dari UiTM so diorang sampai awal la .
Bila aku sampai tu , thanks to my dad yang sudi hantar :)  , kawan aku tunggu depan pintu hotel tu .. aku dah terbayang la "yeayyy.. boleh makan dah.. aku dah la tengah lapar ni' . You know what ... aku pergi je ke meja yang kitaorang semua ( Geng JN -Grup kelas sem 1 ) tengok ... semua dah habis makan .. rasa nak nangis je :'( .  ye la kan siapa suruh datang lambat . waktu aku datang tu pun ucapan-ucapan rektor apa semua tu dah habis . So kawan aku pergi la ke pekerja kat dalam dewan tu mintak nasi utk aku . Aku makan je la apa yang ade .. lagipun aku pergi Majlis tu sebab nak jumpa kawan-kawan aku sebenarnya .. sebab sem ni diorang dah habis dah . Lepas aku hbis makan, diorang pun plan-plan nak ambik gambar ramai so tanpa rasa segan silu lai malu aku join je . HAHAHAHAHAHAH


okay tu je kot.. gambar-gambar tu nanti la aku upload >.<  tiba-tiba perasaan malas tu datang tanpa dijemput.


so.. bye :)

Bila Umur Kau Dah Masuk 20-an

Hai Assalamualikum semua . Aku dah tak ingat dah bila kali terakhir aku post .. tak silap aku raya haritu kan ? Entah la nak . Jadi untuk masa sekarang ni memang ras apelik pulak bila nak start menulis balik .lagipun lepas dah masuk semester 5 ni, macam-macam la dugaan . atau lebih tepat la bila kau dah masuk umur 20 ni . Acah je semester 5 sebab sekarang aku semester5 . Hahahahaha . Bukan main-main okay , sejak masuk umur 20 ni macam benda jadi contoh nya eh aku nak listkan

  1. gaduh-gaduh dengan kawan. (normal la an ? tapi bila dah besar gaduh ni.. ofkos la gaduh hal2 besar)
  2. result jatuh ( tu..taknak ckp apa -apa ..hahahah)
  3. rasa tetiba bertanggungjawab (kau dah besar an, takkan nak main-main lagi..)
  4. mula fikir pasal masa depan (kau pikir lepas habis belajar nak kerja , beli rumah apa semua tu la)
  5. dugaan ekonomi (zaman sekarang kan mata wang rendah)
  6. tiba-tiba ada orang suka kat kau (nasib la..)
  7. Ada orang tinggalkan kau.. ( keluarga,kawan-kawan)


okay la..yang tu aku list kan je.. tak sure betul ke tak . hhuhuhuh .
macam aku tau kan.. bila dah start masuk umur 20 ni , macam-macam perangai manusia aku kena hadap sampai kadang-kadang aku dengan kawan aku rasa tak percaya
''serious la ade wujud perangai mcm ni?''
Rasa macam kejutan budaya pulak bila tetiba benda-benda macam tu datang an .
Macam aku , bulan Julai .. aku accident . Benda yang aku tak pernah bayangkan tetiba jadi . Aku macam terkejut . Tak pernah bayang kot aku akan accident . Tapi tu la kan . kita kena pernah Qada' dan Qadar Allah.. so kita kena REDHO  :) semua benda yang jadi ni mesti ada hikmah disebaliknya. jangan mengeluh apa semua tu .. kalau mengeluh takkan ubah apa-apa pun . teruskan je hidup :) cewaahhh.. entah pape je aku rasa bila cakap mcm ni >.<

so .. bye :)