Monday, 12 December 2016

Malam Pra-Graduan Fakulti Sains Gunaan UiTM Tapah

Tarikh : 28 Ogos 2016
Tempat : Casuarina@Meru , Ipoh


Action lebih pulak aku letak ayat pelik-pelik kat atas . Tapi kalau korang berminat nak tempat bilik,dewan dan sebagainya korang boleh click ke ayat Casuarina kat atas tu .
Kesohnya aku saja je nak  cerita apa yang jadi masa majlis tu . Since aku kan otw dari rumah . so aku datang lewat la sikit (not sikit but banyak.. aku lewat setengah jam kottt)  . Kawan-kawan aku semua bertolak dari UiTM so diorang sampai awal la .
Bila aku sampai tu , thanks to my dad yang sudi hantar :)  , kawan aku tunggu depan pintu hotel tu .. aku dah terbayang la "yeayyy.. boleh makan dah.. aku dah la tengah lapar ni' . You know what ... aku pergi je ke meja yang kitaorang semua ( Geng JN -Grup kelas sem 1 ) tengok ... semua dah habis makan .. rasa nak nangis je :'( .  ye la kan siapa suruh datang lambat . waktu aku datang tu pun ucapan-ucapan rektor apa semua tu dah habis . So kawan aku pergi la ke pekerja kat dalam dewan tu mintak nasi utk aku . Aku makan je la apa yang ade .. lagipun aku pergi Majlis tu sebab nak jumpa kawan-kawan aku sebenarnya .. sebab sem ni diorang dah habis dah . Lepas aku hbis makan, diorang pun plan-plan nak ambik gambar ramai so tanpa rasa segan silu lai malu aku join je . HAHAHAHAHAHAH


okay tu je kot.. gambar-gambar tu nanti la aku upload >.<  tiba-tiba perasaan malas tu datang tanpa dijemput.


so.. bye :)

Bila Umur Kau Dah Masuk 20-an

Hai Assalamualikum semua . Aku dah tak ingat dah bila kali terakhir aku post .. tak silap aku raya haritu kan ? Entah la nak . Jadi untuk masa sekarang ni memang ras apelik pulak bila nak start menulis balik .lagipun lepas dah masuk semester 5 ni, macam-macam la dugaan . atau lebih tepat la bila kau dah masuk umur 20 ni . Acah je semester 5 sebab sekarang aku semester5 . Hahahahaha . Bukan main-main okay , sejak masuk umur 20 ni macam benda jadi contoh nya eh aku nak listkan

  1. gaduh-gaduh dengan kawan. (normal la an ? tapi bila dah besar gaduh ni.. ofkos la gaduh hal2 besar)
  2. result jatuh ( tu..taknak ckp apa -apa ..hahahah)
  3. rasa tetiba bertanggungjawab (kau dah besar an, takkan nak main-main lagi..)
  4. mula fikir pasal masa depan (kau pikir lepas habis belajar nak kerja , beli rumah apa semua tu la)
  5. dugaan ekonomi (zaman sekarang kan mata wang rendah)
  6. tiba-tiba ada orang suka kat kau (nasib la..)
  7. Ada orang tinggalkan kau.. ( keluarga,kawan-kawan)


okay la..yang tu aku list kan je.. tak sure betul ke tak . hhuhuhuh .
macam aku tau kan.. bila dah start masuk umur 20 ni , macam-macam perangai manusia aku kena hadap sampai kadang-kadang aku dengan kawan aku rasa tak percaya
''serious la ade wujud perangai mcm ni?''
Rasa macam kejutan budaya pulak bila tetiba benda-benda macam tu datang an .
Macam aku , bulan Julai .. aku accident . Benda yang aku tak pernah bayangkan tetiba jadi . Aku macam terkejut . Tak pernah bayang kot aku akan accident . Tapi tu la kan . kita kena pernah Qada' dan Qadar Allah.. so kita kena REDHO  :) semua benda yang jadi ni mesti ada hikmah disebaliknya. jangan mengeluh apa semua tu .. kalau mengeluh takkan ubah apa-apa pun . teruskan je hidup :) cewaahhh.. entah pape je aku rasa bila cakap mcm ni >.<

so .. bye :)
 

Thursday, 14 July 2016

Takde Tajuk Takpe Kot

Assalamualaikum , hye gais . :3 

yeayyy ! After ...*kira dgn jari* 4 bulan tak bukak blog ...kita bukak jugakk *kasi mercun 3 das*

Jap , sebenarnya aku awkward nak tulis entry kali ni, iyela....orang tu dah lama tak menulis blog , asyik-asyik main twitter je sampai tak sedar pukul 4 pagi . pfffttt.. jangan ikot contoh tu tauu ! Jangan sama sekali  tak elok untuk kesihatan .
 ouhh ,, btw , alang alang sekarang masih bulan syawal .... kita nak ucap SELAMAT HARI RAYA untuk semua pembaca blog eden yang tak seberapa nak best , tak seberapa nak jernih content dia nih . macam tuan blog ni lah . >.< . 
Duit raya ?? tadekk ! Aku tak keje lagi , so takde duit raya . 
 Dah . tu je nak tulis sebenarnya . okay bye :) 



cousin-cousin and makcik pakcik 

geng sawit . penjenayah smk sultan azlan shah :3

Thursday, 17 March 2016

menyesat ke Wordpress

Do make a visit to my friends blog .
Actually ,  ni first time buat blog guna wordpress. So ni kiranya as CSC Lab Assignment la . Memang terrible habis la kitaorang time nak siapkan blog tu . Tapi serious , ade yang memng kreatif gila buatt blog sampai buat aku terpukau gila gila  , heheh , tapi ade je yang style "ah lantak la ! " btw , jalan-jalan ke blog semua ni :)


-Saintis Gila 

Wednesday, 2 March 2016

How shock !

Tak tahu nak kata apa cuma mampu gelak kuat-kuat lepas dah berbulan tak aktif blog ni . Mula rasa semacam bila menulis blog and for sure la.. traffic berkurang >_< . Try la an bukak acc Nuffnang kot-kot ade improvement .. kot-kot... see.. menjunam kot !!!! Aku dah la dah cash out sebelum ni , tengok-tengok baki RM 9.90. hmm.. cukup untuk makan chiken chop sambil tercekik  sebab tak cukup duit nak beli air . Hehh ! Bye . nak cerita benda tu je sebenarnya . -_-' Banyak tau tak quiz , assignment dengan test menanti . Belum masuk final lagi ni ! Sem ni saje berapa kali dah aku melawat menziarah buat lawatan rasmi ke klinik sebab nak MC . erk .
Bye ! Bye !

Sunday, 28 February 2016

Unknown Post for Unknown Person

Dear you , jangan gelak bila baca or terbaca semua post² aku yang lama and of course superb pelik . bye !

Wednesday, 13 January 2016

unplanned

Assalamualaikum and hai uolls .. lepas dah lama aku biarkan blog aku mereput untuk beberapa lama , ni baru aku dapat balik idea untuk menulis . cewahh ! Hahahah . dah pemalas tu cakap je la pemalas an . Kemain nak tunggu idea bagai . kadang-kadang idea tu berlambak je ..tapi bila dah duduk depan laptop ni ,, hmm.. kelaut pulak aku buat . tengok zalora la , bukak youtube la . huhuh . takde kerja an ? Okay lah enough dengan merepek ni . korang mesti pelik kan asal dengan tajuk aku yang unplanned tu ? Apa yang unplanned kan ? HAA..... tu sebenarnya kes jalan-jalan kitaorang . Okay la . tak tahu la apa masalah aku dengan aku dengan kawan-kawan aku .. tapi bila nak keluar jalan-jalan ni , tak boleh tau kalau plan awal-awal . kalau plan awal tu an mesti tak jadi (yang terbaru ni plan nak gi Pangkor la , huhu) . tapi kalau tak plan mesti menjadi . macam hape je .. kes terbaru . cehh , kes tuh ayat . huhu . kes terbaru kitaorang pergi overnight kat Ipoh-Kuala Kangsar-Lenggong . Actually tak plan pun tauu..mula-mula kitaorang keluar makan malam je , then dok ralit sembang gempak tak perasan yang jam dah pukul 10 lebih nak dekat pukul 11 . kalau nak balik kolej memang tak boleh sebab takut kena tindakan tatatertib plus kereta tak dapat masuk . then kawan kitaorang tiba-tiba kata "jom gi ipoh la" . then semua terus setuju . macam hape je kan .... macam sosial je an nampak kitaorang ni . kitaorang ni budak baik tapi tak sengaja ternakal sikit hari tu . hmmmm....