Saturday, 12 September 2015

Throwback Raya la sangatt

Assalamualaikum semua . See , dah hampir sebulan kot aku kurang ( tak aktif sebenarnya) ber blogging bagai ni . Tak tahu la sama ada mood tak datang , malas , takde masa ke hape yang melanda diri nihh ! Dok mendolod movie rajin pulak . Kemain sampai bukak request kat kawan-kawan siapa nak movie terbaru . pehh ! Macam kerja cetak rompak je rasa . T.T . Sedih dowhh . Semangat kuat makan kemain banjir dalam diri ni , sampaikan time menulis ni pun tengah melahap . Entah saka apa yang masuk dalam badan ni menghasut aku untuk makan seteruk ni . Double sedih !! .
Okay , enough with the babbling nihh ! *ewww, how rojaknya u nih ! 
Malam ni teringin meringin nak throwback gambar last day raya . Yeayhh ! Ada orang tu berbaik hati buat open house dan jemput kitaorang untuk melantak kat rumah dia . Disebabkan kami ni pelajar yang stay dalam kampus plus takde kederaan , dia berbaik hati nak ambik dari rumah dia . Tak jauh mana pun . Tanjung Malim je , then kitaorang kat Tapah je punn. Tapi disebabkan ramai (dalam dekat 20 gak la , aku tak ingat sebab aku cuma ingat makan) , kitaorang terpaksa sewa kereta , 2 buah . 1 buah kereta tu budak kelas owner open house punya , dan 1 lagi kereta - aku , kawan aku , kawan aku , kawan aku , kawan aku , kawan aku . boleh korang bayang kami ber enam ni naik kereta waja . brsempit dowh 4 orang kat belakang . :) tapi yang leganya aku duduk sebelah driver . kikiki . feel comfort gitewww . yang lain naik kereta owner and other car la . bila sampai je rumah open house tu , kemain betul tudung bagai , masuk rumah , salam tuan rumah , sengih sengih macam kerang busuk sambil tengok makan atas meja . Hahahaha . bila dah dijemput makan baru la makan macam budak tadika . Habis je makan ,sembang -sembang sat dengan tuan rumah . kalau dah namanya perempuan , pasal resepi makanan tu  memang topik wajib la , tapi aku tak terlibat sebab aku masih busy dengan makan . haishh , aku  dan makan berpisah tiada . macam biasa , tak lengkap kalau tak bergambar ni , so bergambar la sikit sikit dengan tuan rumah kannn 

dengan tuan rumah uolls ! yang berbaju kurung biru tu . Haipp , cikgu sejarah tau tak . 


ewahh , nak mencelah jugak aku even job aku cuma tekan button camera je. my housemates la diorang ni . 

Tuan rumah yang sebenar benarnya . Dr.Zabidi . 

anak tuan rumah dan kitaorang yang tak cun kat belakang tu . 




.Bila dah bergambar bagai tu , ada 1 kereta ni nak balik dah sebab ada hal . Tapi kitaorang still stay la sebab , yela , dah rehat-rehat jap . lagipun kitaoran sewa kereta tu sehari kott ! so membazir la kalau balik awal . 
Around pukul 3 baru kitaorang berangkat pulang (acewah ayatt !) . masa dalam perjalanan balik tu , kawan aku drive macam biasa since kereta kitaorang proton waja je , nak dibanding kereta yang kawan aku naik tu Honda CRV . Tapi entah macam mana , adrenalin nak laju tu muncul , yang kawan aku ni tekan minyak lelaju sampai boleh potong kereta kawan aku yang Honda ni , and kitaorang sebagai penumpang keretA NI siap bagi galakan bagai suruh laju lagi . Tapi , memang betulla , malang tak berbau weyhh ! Kawan aku yang naik kereta Hnda tu call kata tadi ada speedtrack (T.T) *guruh berdentum dalam hati . Ohemgii ! Harap tak sampai saman kat rumah owner kereta . T.T , Maafkan kami owner kereta . 
then kawan aku ni sambung drive slow memang slow habis la . Sampai satu tempat , atas sikit pada Behrang , driver aku ni tetiba pening and dia mintak aku ganti untuk drve . Aku pun macam gaya terkejut dapat Grammy award la ' r u serious weyh !! ' Aku tak pernah kot drive sejauh ni , nak sampai ke Tapah pulak tu , paling gempak , aku tak pernah drive bawak kawan and bawak kereta auto ! . Tapi gagah pi la , kitaorang inform la pada kawan dalam kerta Honda tu yang kitaorang nak tukar driver . 
As expected , bila aku drive , sorang pun tak berani nak lelap dalam kereta sebab keyakinan diorang kat aku cuma 50 % je , hahahahaha . Rasain !! Risau , cuak kemain muka diorang masa aku drive . dengan kejap dok lorong kiri , kejap dok lorong kanan . Kejap laju , kejap slow . Hahaha . Takpe, aku cakap kat diorang 'korang tau tak , aku bukan sengaja bawak menggila , tpi aku nak ajar korang erti bersyukur dapat hidup di bumi bertuah ni' . Hehh ! Kawan aku kata yelekau ! Hahaha  , memang bangang je rasa time tu . Mata pandang jalan je . Tapi Alhamdulillah , kami selamat sampai ke Tapah tanpa sebrang kecederaan fizikal , hanya mental . Aku ?  Jangan cakap la , turun dari kereta menggeltar kaki tangan , even aku yang drive . (tak percaya diri betull) -The End of Repekan merapu nih ! 

-maafkan aku kalau ada typo . puiii. jari makin gemuk ahh . 

2 comments: