Saturday, 27 June 2015

Minuman Infus untuk kesihatan di bulan Ramadhan


Minuman infus atau turut dikenali sebagai minuman detoks ni bukan saje bagus untuk kesihatan , tapi mudah untuk disediakan . Tak payah guna pengisar segala bagai la apatah lagi nak campur gula apa semua tu . Minuman ni Cuma gabungan buah-buahan dan air kosong . Macam mana nak buat ? Caranya , pilihla buaha-buhahan favourite korang , then potong ikut kesesuaian (keping ke , or dadu ) , lepastu masukkan ke dalam bekas dan letak air . Simpan semalaman dan boleh diminum . Kalau nak fresh fresh letak dalam peti sejuk >_< . Selamat mencuba .

*      OREN + LEMON + HALIA
Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Lemon pula membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia bagus untuk sistem imun.

*      2. TIMUN, RASPBERI DAN ANGGUR
Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin. Raspberi pula mempunyai ciri-ciri anti-radang, dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun.

*      3. RHUBARB, EPAL DAN KULIT KAYU MANIS
Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah dan epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan. Kayu manis pula merupakan salah satu herba berkesan sebagai penggalak metabolisme badan.

*      4. STRAWBERI + LIMAU
Strawberi penuh dengan anti-oksidan dan limau pula sangat baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku.

*      5. NANAS + DAUN PUDINA
Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis, dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan
.
*      6. TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LIMAU

Ia bagus untuk membakar lemak, penghadaman, sakit kepala dan menghilangkan bau mulut.

*      7. STRAWBERI + KIWI
Bagus untuk kardiovaskular, perlindungan usus dan kitaran gula darah.

*      8. TIMUN+ LIMAU + LEMON

Sesuai bagi mengawal nasfu makan, penghidratan, elak perut kembung dan kekal kurus.

2 comments:

  1. Tips yang bagus untuk bulan puasa ni.
    thanks for share ye.

    ReplyDelete
  2. ada juga beberapa minuman yag mnejadi amalan kami sekeluarga sepanjang ramadhan..tq for sharing

    ReplyDelete