Sunday, 21 June 2015

ETS dan Bas

Assalamualaikum gais , 
 Wahwah ! Nampak macam diorang dah upgrade sistem pengangkutan awam ye . Rasa ni lebih baik. Tambah-tambah lagi menggunakan sistem ETS kan ( kira laju la ). Bila dah perjalan dari Ipoh ke Padang Besar , confirm2 la akan lalu Kuala Kangsar (mudah la aku nak balik rumah )
Yela , bayangkan kalau tak , aku kena ambik ETS ke Ipoh , then jalan kaki ke Medan Kidd , baru ambik bas terus ke Kuala Kangsar . Banyak la jugak kerja :P . Tapi kalau fikir/fikir balik , best juga2 balik naik bas ni , last aku balik naik bas masa cuti semester yang pertama . Waktu tu kitaorang belajar di UiTM Arau . Taknak la susahkan parent dari perak datang semata-mata nak ambik aku balik kan . Lagipun , time ni la aku nak acah-acah berdikari sikit kann.. 
Memang awkward gila la dalam bas tu , dah la aku balik takde kawan , kawan aku yang lain balik hari lain . Aku je yang tergedik-gedik nak balik awal sekali dengan kawan Terengganu aku . Nasib baik la aku ambik single seat (Bas Transnasional) so aku boleh la buat hal aku dalam bus tu . Masalahnya , orang yang duduk seat sebelah tu tengok aku macam la aku ni alien . Ok , time tu aku tengah makan keropok durian yang aku beli sebelum naik bas , bila dah boring dalam bas aku makan la , lepastu yang kau tengok pelik pahalll .. nak ke keropok tu ? Kenapa tak mintak . 
One 0ore , penumpang dalam bas semua nya muka cam pelik je , macAM muka orang luar . Erghh ! Nasib baik ada juga student UiTM yang sama way nak balik dengan aku . Tu la kan , galak , tiket pagi ada tapi tangan tu gatal nak tiket malam . konon-konon nak tengok permandangan malam . Papepun , pengalaman naik bas ni memang seronok bagi aku yang jarang dapat naik bas ni , korang aku tak tahu la pulak .

2 comments:

  1. Jarang naik bas pastu balik sorang memang akan rasa pelik dan paranoid kot tgk orang lain kt dlm bas tu.....Tapi kalau dah selalu naik bas sorang2 cam saya ni, hmmmm....dah x pikir dah org lain muka cam alien ke apa ke, naik bas tido je, x kisah la single seat ke double seat....hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha , tapi kalau tido nanti takut terlepas stesen:D , nanti mau nya teriak tak berlagu sbb turun kt stesen lain

      Delete