Monday, 11 May 2015

Teknik Bertengkar Secara Positif

Bertengkar ? Siapa yang tidak pernah kan . Benda ni normal , tapi kalau dibiarkan melarat lain pulak jadinya . Tambah pulak kalau dalam berumah tangga . Apa P Ramlee kata , sedangkan lidahpun tergigit apatah lagi rumah tangga . Bila ada benda yang berselisih mesti akan berbincang . Tapi kadang-kadang perbincangan tu meleret pulak sampai ke masalah lain . Hmm . Kebetulan saya ada terbaca kes bertengkr ni di majalah Era Muslimah , jadi disini saya nak kongsi sedikit tip atau cara bertengkar secara positif , bukannya bertengkar sampai pecah pinggan mangkuk ye .
  1. Jangan terlalu banyak bercakap . Selalunya bila marah mesti nak cakap a.k.a merepek je tanpa kita sedar benda yang kita cakap tu mungkin menyakitkan hati pihak lain .
  2. Jangan sebut kelemahan pasangan kita . So bila bergaduh tu jangan la keluarkan kelemahan dia . lagi bertambah marah la . Siapa yang tak marah kalau orang memperkecilkan kita kan.
  3. Jangan balas perbuatannya . Contohnya kalau kita marah dia sebab keluar dengan perempuan lain jangan la kita balas pergi keluar dengan lelaki lain . Dosa tau.
  4. Fokus pada masalah . Jangan pergi keluarkan benda benda yang lepas , jangan nak melerat ke masalah lain pulak .
  5. Jangan tinggikan suara . Selalu bila marah mesti kerja nak tinggi suara je . Cuba ubah dengan guna tone yang slow sikit tapi still tegas a.k.a cakap dalam keadaan tenang jadi takla rasa tegang sangat.
  6. Bersabar . Apa-apapun dalam apa saje masalah kita kena sabar , jadi problem tu cepat la selesai . 
  7. Jangan gaduh depan anak-anak . Bila kita gaduh depan anak-anak , emosi diorang mesti terganggu . 
  8. Jangan keluar dari rumah sampai masalah selesai . Selalu di TV , bila gaduh mesti suami akan keluar dari rumah sebab nak bagi wife tenang . Sebenarnya , bila wife ni kena tinggal , dia akan jadi lagi tertekan , seolah-olah husband dia tak kisah dengan apa yang berlaku . 
  9. Jangan terlalu emosianal . 
  10. Mengalah tidak beerti kalah . Dalam kontek ni , mengalah bukan bermakna kita lemah atau kalah , bila kita mengalah kita ada masa untuk berfikir secara rasional apa yang berlaku . 

:D . Sekian tip dari budak yang baca kisah rumah tangga . Untuk bacaan penuh boleh tengok Era Muslimah edisi 20 :)

1 comment:

  1. Nice sharing. Bagus tips ni. Cuma biasa la bertengkar ni masing2 ada ego sendiri. Thanks for the tip. :)

    ReplyDelete