Friday, 15 May 2015

Road to memori zaman sekolah.

Semalam aku pergi ke bandar memandangkan ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan . 
11:52 pagi . Alang-alang tu ambik jelah adik aku yang balik pukul 12 . 
Aku duduk di dalam kereta sambil menyelak helaian akhbar . Pelajar mula keluar dari pintu pagar
Hmm.. aku tersenyum sambil mengeluh perlahan . Teringat zaman sekolah aku yang aku dah tinggalkan hampir 2 tahun . Aku melihat pelajar melintasi jalan menuju ke arah perhentian bus yang jadi port aku dengan kawan aku melepak bila balik sekolah ,( itu sebelum aku mula membawa motosikal ke sekolah) .
Aku tersengih sorang-sorang . Begitu cepat masa berlalu , kini aku melihat mereka seperti budak sekolah dan aku ...bekas budak sekolah . DEWASA . 
Perkara yang tak pernah aku bayangkan, meninggalkan alam persekolahan yang menyimpan banyak memori suka dan duka . 
Sekarang ni semuanya dah berubah , manusia semakin berusia . Rambut makin beruban , kulit makin berkedut . (not me)


.
.
Lain betul rasanya permandangan dari sudut budak yang habis sekolah tengok budak sekolah . Kalau dulu aku pikir , macam mana agaknya budak yang habis sekolah ni . Tapi sekarang , seronoknya jadi budak sekolah . 


.
.
.
Makin lama makin ramai pelajar yang keluar dari pagar sekolah . Pelajar yang menunggang motosikal pula ke3uar beramai-ramai seolah-olah berkonvoi . Aku tersenyum . Ye , memang best . bila keluar dari sekolah dengan motosikal , rasa macam famous . Hahahahaha . Senget . Itu sebab diri dikenali junior2 , no wonder diorang lambai tangan. 


.
.
.
Tok ! tok ! Aku tersedar dari lamunan . Adik aku dahpun ada di sebelah kereta . Cheih ! kacau mimpi orang betul budak nih . :<

No comments:

Post a Comment

Gegirls Take Over Penang Part 1

Okay la lepas lama senyap je kan harini aku nak share pengalaman aku dengan kawan-kawan pergi vacay di Penang. Well , boleh dikatakan kitao...