Saturday, 23 May 2015

Happy Birthday Najmi

. Yeayy ! Happy birthday Najmi :) 
KAlau masuk harini kiranya dah umur 17 tahun . Congrat , moga panjang umur , dimurahkan rezeki . Tahun ni SPM, buat elok-elok ye . 

To Ikhwan , birthday kamu lambat lagi . Hahahaha . Sama dengan akak . Yeayy geng !  Hahahaha . 
like kakak like adik . Time sekolah pun main hoki jugak


Friday, 15 May 2015

Road to memori zaman sekolah.

Semalam aku pergi ke bandar memandangkan ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan . 
11:52 pagi . Alang-alang tu ambik jelah adik aku yang balik pukul 12 . 
Aku duduk di dalam kereta sambil menyelak helaian akhbar . Pelajar mula keluar dari pintu pagar
Hmm.. aku tersenyum sambil mengeluh perlahan . Teringat zaman sekolah aku yang aku dah tinggalkan hampir 2 tahun . Aku melihat pelajar melintasi jalan menuju ke arah perhentian bus yang jadi port aku dengan kawan aku melepak bila balik sekolah ,( itu sebelum aku mula membawa motosikal ke sekolah) .
Aku tersengih sorang-sorang . Begitu cepat masa berlalu , kini aku melihat mereka seperti budak sekolah dan aku ...bekas budak sekolah . DEWASA . 
Perkara yang tak pernah aku bayangkan, meninggalkan alam persekolahan yang menyimpan banyak memori suka dan duka . 
Sekarang ni semuanya dah berubah , manusia semakin berusia . Rambut makin beruban , kulit makin berkedut . (not me)


.
.
Lain betul rasanya permandangan dari sudut budak yang habis sekolah tengok budak sekolah . Kalau dulu aku pikir , macam mana agaknya budak yang habis sekolah ni . Tapi sekarang , seronoknya jadi budak sekolah . 


.
.
.
Makin lama makin ramai pelajar yang keluar dari pagar sekolah . Pelajar yang menunggang motosikal pula ke3uar beramai-ramai seolah-olah berkonvoi . Aku tersenyum . Ye , memang best . bila keluar dari sekolah dengan motosikal , rasa macam famous . Hahahahaha . Senget . Itu sebab diri dikenali junior2 , no wonder diorang lambai tangan. 


.
.
.
Tok ! tok ! Aku tersedar dari lamunan . Adik aku dahpun ada di sebelah kereta . Cheih ! kacau mimpi orang betul budak nih . :<

Monday, 11 May 2015

Teknik Bertengkar Secara Positif

Bertengkar ? Siapa yang tidak pernah kan . Benda ni normal , tapi kalau dibiarkan melarat lain pulak jadinya . Tambah pulak kalau dalam berumah tangga . Apa P Ramlee kata , sedangkan lidahpun tergigit apatah lagi rumah tangga . Bila ada benda yang berselisih mesti akan berbincang . Tapi kadang-kadang perbincangan tu meleret pulak sampai ke masalah lain . Hmm . Kebetulan saya ada terbaca kes bertengkr ni di majalah Era Muslimah , jadi disini saya nak kongsi sedikit tip atau cara bertengkar secara positif , bukannya bertengkar sampai pecah pinggan mangkuk ye .
  1. Jangan terlalu banyak bercakap . Selalunya bila marah mesti nak cakap a.k.a merepek je tanpa kita sedar benda yang kita cakap tu mungkin menyakitkan hati pihak lain .
  2. Jangan sebut kelemahan pasangan kita . So bila bergaduh tu jangan la keluarkan kelemahan dia . lagi bertambah marah la . Siapa yang tak marah kalau orang memperkecilkan kita kan.
  3. Jangan balas perbuatannya . Contohnya kalau kita marah dia sebab keluar dengan perempuan lain jangan la kita balas pergi keluar dengan lelaki lain . Dosa tau.
  4. Fokus pada masalah . Jangan pergi keluarkan benda benda yang lepas , jangan nak melerat ke masalah lain pulak .
  5. Jangan tinggikan suara . Selalu bila marah mesti kerja nak tinggi suara je . Cuba ubah dengan guna tone yang slow sikit tapi still tegas a.k.a cakap dalam keadaan tenang jadi takla rasa tegang sangat.
  6. Bersabar . Apa-apapun dalam apa saje masalah kita kena sabar , jadi problem tu cepat la selesai . 
  7. Jangan gaduh depan anak-anak . Bila kita gaduh depan anak-anak , emosi diorang mesti terganggu . 
  8. Jangan keluar dari rumah sampai masalah selesai . Selalu di TV , bila gaduh mesti suami akan keluar dari rumah sebab nak bagi wife tenang . Sebenarnya , bila wife ni kena tinggal , dia akan jadi lagi tertekan , seolah-olah husband dia tak kisah dengan apa yang berlaku . 
  9. Jangan terlalu emosianal . 
  10. Mengalah tidak beerti kalah . Dalam kontek ni , mengalah bukan bermakna kita lemah atau kalah , bila kita mengalah kita ada masa untuk berfikir secara rasional apa yang berlaku . 

:D . Sekian tip dari budak yang baca kisah rumah tangga . Untuk bacaan penuh boleh tengok Era Muslimah edisi 20 :)

Sunday, 10 May 2015

Selamat Hari Lahir Al

Harini genap kau umur 19 tahun . Walaupun kita sebaya tapi nampak nya kau lebih tua pada aku . Yela , kau lahir bulan lima , aku lahir bulan 12 . Kan dah tua 8 bulan . Wiwi . Tapi kau tak nampak tua . Jangan risau lahh .
Kalau masa sekolah rendah dulu , UPSR sekali . Tapi naik sekolah menengah aku sorang je dalam family besar tu yang ambik PMR dan SPM. Rasa macam xda pesaing langsung . Kau pulak belajar di tahfiz . Hmm... aku tak tahu la kat mana and apa nama sekolah kau tu . Tapi yang aku tahu kau tu pakcik lebai .
Kalau jumpa pun setahun sekali , itupun time raya . Tima raya memang best sebab kau kan taiko main meriam .
To my hanak sedara maklong :) Akulah maklong tu . Selamat Hari Lahir , jadilah dai yang berguna untuk dunia dan akhirat . Hanak sedara yang sama usia .

#Dia anak cousin I . Kira anak sedara la tu . 

Gegirls Take Over Penang Part 1

Okay la lepas lama senyap je kan harini aku nak share pengalaman aku dengan kawan-kawan pergi vacay di Penang. Well , boleh dikatakan kitao...