Wednesday, 8 April 2015

Hipokrit Part 3

"Aku tengok kat wall Fb aku , asyik nama kau je yang like status aku" Amri memulakan perbualan . Tangan sibuk memperbetulkan tali pancing yang berserabut sejak tadi . Dia memandang Lisa sekilas . Lisa yang mendengar soalan Amri hanya mendiamkan diri ; buat-buat tak dengar . Matanya dihalakan ke arah air sungai yang mengalir lembut . Mesti orang lain akan ingat mereka tak betul kerana memancing waktu-waktu panas pukul 2 petang ni .Pancing ditangannya dipegang erat walaupun tiada satu ikan yang mengena. Amri memandang sekali lagi ke arah Lisa lalu menggelengkan kepa sambil tersenyum kelat . Umpan pancingnya dilontak sejauh mungkin . Lisa masih dalam reaksi sama  mendiamkan diri . Sesekali kedengaran dia menghela nafas berat.
"Lisa" Amri menegurnya sekali lagi. Lisa memandang dengan pandangan kosong lalu berpaling semula kerah sungai .
"Apa?" Jawab Lisa sepatah ."Jangan la bising , nanti ikan lari" Ngomel Lisa sambil menghayun kaki yang berjuntai di atas titi . 
"Aku tak nampak pun ikan lari , ikan kan berenang"Jawab AMri selamba . 
"weyh, aku tengok kau selalu like status aku kat Fb " Tambah Amri ,mengulang kembali soalannya .
Lisa menjongket kening sebelah "So ? Salahke ? Dah status yang dok mundul di wall Fb aku, aku like je la " Balas Lisa tanpa menunjukkan apa-apa reaksi .
Hishh ! Budak nih , soalan jenis apa yang ditanya ni ? Tak logik betul . Ngomel Lisa dalam hatinya .
Amri mengangguk perlahan lalu memandang ke arah  langit . 
"Kau nak tahu satu benda , aku kalau boleh nak duduk kat atas sana , aku teringin nak tengok macam mana permandangan dari atas ni" Luah Amri sambil menunjuk ke arah langit . Lisa memandang sama ke arah langit . Matanya dikecilkan kerana silau cahaya matahari . Lisa memandang lalu tersenyum " Tinggi betul angan-angan kau Am" Balas Lisa , senyuman di bibirnya masih kekal . Pancing ditangannya dletakkan disebelah lalu mengalihkan badannya menghadap Amri
"Kau tahu , aku pulak teringin nak pergi ke angkasa . Aku nak tengok luar sana."Tutur Lisa penuh semangat.
Amri terenyum lalu berkata "Tinggi betul angan-angan kau" Ketawa Amri pecah sejurus itu . "Apalah kau , copy ayat aku" UJar Lisa lalu tersenyum . 


No comments:

Post a Comment

Gegirls Take Over Penang Part 1

Okay la lepas lama senyap je kan harini aku nak share pengalaman aku dengan kawan-kawan pergi vacay di Penang. Well , boleh dikatakan kitao...