Wednesday, 18 March 2015

Hipokrit Part 1

"weyh ! , bagi aku air?"
"kau pehal dowh, ! Datang-datang rumah orang terus mintak air , tak malu ke ?"
"Aku dahaga la , cepatla..nak air" Ujarnya lagi separa merayu . Lisa dengan acuh tak acuh mengisi air kosong ke dalam gelas.
"Nah !" Hulurnya laju lalu berlalu pergi ke sinki .
Amri terlopong . 
"Air kosong jer ?, kedekutnya ." Ngomel Amri sambil berjalan ke arah meja makan . Lisa menjeling tajam . Eiii ! Budak nih ! Dah la datang rumah orang tak reti bagi salam , masuk-masuk terus mintak air , ni nak demand bagai pulak mintak air lain. Lisa memuncungkan mulut sambil mengomel seorang diri.
"Ha ! tU muncung-muncung tu , ngutuk aku le tu kan?" Amri menegur dari belakang , gelasnya sudah kosong .Dahaga sangat agaknya. Amri masih berteleku di meja makan sambil melihat telefon bimbitnya yang kejap-kejap vibrate. Lisa menyudahkan basuhan terakhirnya lalu mengeluarkan sebotol jus oren lalu meletakkan di meja makan .
"Eh ! Ada pulak air orennya , tadi kemain bagi aku minum air kosong je" Ngomel Amri lagi macam makcik-makcik , sekejap-sekejap mata nya melihat ke arah  skrin fhone.
"Kau nak apa datang pepagi ni ?"Soal LIsa serious , tanganya mencapai karipap yang dibeli oleh ibunya pagi tadi untuk sarapan.
"Saja" Jawab Amri acuh tak acuh.
"Line 3G Celcom kat rumah kau tinggi la"Tambah Amri lagi .
Lisa mengerutkan keningnya . Kesitu pulak budak nih ! Hempuk nanti baru tahu .

No comments:

Post a Comment

Gegirls Take Over Penang Part 1

Okay la lepas lama senyap je kan harini aku nak share pengalaman aku dengan kawan-kawan pergi vacay di Penang. Well , boleh dikatakan kitao...