Saturday, 19 December 2015

Chaos

Assalamualaikum .. setelah berbulan menyopikan diri akhirnya aku muncul balik . ngeh ngeh ngeh >_< . well , semenjak dua menjak ni memang busy memanjang la ceritanya . tambah-tambah bila dah masuk sem 4 ni , lagi-lagi la . plus duduk rumah sewa lagi an . Tapi Alhamdulillah la dapat kolej , so rumah sewa tu boleh la keluar . Tapi....tapi . Ingatkan bila nak keluar ni semudah ABC  , but nooo !!!
Okay lah , kitaorang serumah dah setuju untuk duduk kat rumah tu sebulan je since aku dengan kawan aku ( 5 orang ) dapat kolej , then lagi 5 tu pulak jumpa dah la rumah since kitaorang kata nak keluar kann.. coz , kalau diorang nak stay jugak diorang kenA BAYAR DOUBLE . bayangkan , satu rumah tu RM 1400  , mana nak cekau . belum masuk api air lagi , astro lagi . minyak kereta lagi . huishhh ,, bisa botak dowh kepala . So pada hari yang diorang berlima tu kata nak keluar , diorang pun keluar la, hantar barang ke rumah baru diorang yang dekat jugak la dengan kampus . Then petang tu tuan rumah sewa tu datang sebab dah cerita kata nak keluar harini and one of them cerita yang peti ais rumah ni ada problem . problem yang aku tahu nya , peti ais tu dah habis gas. Masa tuan rumah datang check . know what ? Yes , memang gas habis , tapi sebab fridge tu bocor kat bahagian freeze. Then kitaorang teringat yang one of them tu jugak yang kelarin bersihkan peti ais tu , buang ais kat bahagian freeze . kitaorang tanya la diorang buang ais guna apa , the tau takk.. diorang guna cucumber cutter untuk buang ais . Hello ! Semua orang tahu kot kat bahagian freeze tu tak boleh guna benda tajam . then now , peti ais tu rosak . nak repair memang mahal la . so owner mintak ganti baru . Since kitaorang kata tu bukan salah kitaorang sebab kitaorang tak pernah pun bersihkan bahagian freeze tu and kitaorang tahu la proper way untuk buang ais tu . So kitaoarang mintak la diorang yang bertanggugjawab untuk ganti baik peti ais tu . yela , bukannya nak lari dari tanggungjawab tapi dah memang salah diorang . kenapa kitaoarang pulak kena tanggung . plus disebabkan peti ais tu rosak , banyak barang basah kitaorang rosak . kan dah rugi banyak tu  :( . Tapi sekarang  diorang pulak macam tak agree nak bayar . Siap cakap lack of manner . No ! we are not lack of manner . its about responsibility . Dah memang tu bukan salah kitaorang kan..hmm..  

Monday, 21 September 2015

Momento

Assalamualaikum dan haii :) . Harini entah kenapa tiba-tiba aku rasa rindu pulak (ewaahh!) kat UiTM Arau . Rindu tempat-tempat kat Perlis sana . So today , aku list kan la beberapa tempat kat Arau dan moment yang tiba-tiba terindu ni :P . poyo lebih !

First of all , aku rindu gila dekat Academic Heights ni . Seriously walaupun itu hanya papan ja . Kat sini la student pakat acah-acah bergambar gaya duduk oversea . tambah-tambah pulak bila musim luruh (around bulan 4 gitu la) . time tu lagi la weyh . dah la sana banyak pokok getah . memang oversea habis la terasanya .tapi yang sedihnya , aku tak sempat nak bergambar kat sana . gambar bawah ni gambar budak-budak class aku masa sem 1 . aku takda dalam gambar ni sebab aku balik raya awal .mehhh !


second , rindu Star Complex atau kitaorang panggil Star Com je . tempat ni memang khas untuk budak-budak sains je la sebab kat sini berbagai jenis makmal ada . ewahh . ingat lagi masa mula-mula kitaorang masuk kampus ni . since kitaorang , UiTM Arau ni masuk lambat seminggu sebab ada SUKMA so MDS kitaorang just 3 hari je . so memang takde la masa akak-akak n abang-abang OC (fasi) ni nak tunjuk bangunan satu satu . Haritu hari first kitaorang ada class Biology tutorial kat Star Com . yang kami ni jenuh la merayau pusing kampus (yang besar tu) cari ke Star Com sebab tak tahu kat mana kan . then kitaorang ada la tanya satu senior ni kat mana Star Com , then dia cerita detail kemain . kami angguk2 la . Tapi dia lebih memahami . Hahahaha . dia tahu yang kitaorang sekadar angguk hakikatnya kitaorang still clueless . akhirnya dia kata takpa lah , ikut je dia ke Star Com . Berkat usaha senior tu sampai la kitaorang ke Star Com . pheww ! penat dowh ,naik turun bukit bgai . tapi best :D .
acah-acah je ni macam candid sedangkan memang plan nak ambik gambar gaya macam ni

third , bangunan Al-Farabi . Kat sini ada Al-Farabi 1 , 2 ,3 .

blok yang kitaorang dok tersengih ni blok Al-Farabi 3 . bila duduk kat UiTM Tapah ni , fakulti semuanya dalam 2 bangunan so takla letih nak terkejar sana sini nak pi kelas . Tapi kat Arau nuh , hang pa tau tak amcam mana rasanya berlari dari Star Com tu ke Al-Farabi 2 . menggeletar lutut hanya Allah je yang tahu . plus mengeletar sebab lecturer yang tengah menunggu untuk class kat Al-Farabi 2 tu garang amat .
wahh ! 3310 aku termasuk dalam gambar aku tu la >_<


semester 1 , muka budak-budak lagi 

ni dekat... takde idea nak kata apa , tapi ni depan bilik kuliah dkat dnegan white house . 

miss u sir kamal . sir yang sempoi masa sem 1 . dia tak pernah marah tapi ayat-ayat perli dia . perghhh ! menyentap  ke kalbu.

Dr.Low Kim Fatt , lecturer kesayangan kitaorang yang turut ditransitkan ke Tapah . ecehh

thanks la sir sebut usaha perbetulkan mikroskop tu smeata-mata nak tunjuk kat kitaorang macam mana bacteria tu rupa . rupa-rupanya , kalau korang nak tau iklan yakult -yang bacteria gerak tergedik gedik tu , memang real la weyh ! aku ingatkan tipu . ingtkan CGi . so lactobasillus u memang gerak amcam tu , cantik sangat :)
 then , mushroom . Atau nama officialnya Anjung Siswa , tapi kitaorang tak pernah panggil nama full pun  sebut je mushrom semua orang tahu . Kat Mushroom ni la kalau ada event apa2 mesti penuh , meriah gila weyh aku cakap . serious tak tipu . dengan jualan dari tudung , baju , barang-barang lain sampai ke makanan . memang duit PTPTN / MARA / PAMA korang tu mesti akan habis ke sini punya lahh-kalau tak pandai jimat . kikiki .
takde kerja ambik gambar pin je . tapi korang percaya tak pin tudung tu 3 singgit weyh . memang rambang mata tengok .

lagi , ladang rusa . ni budak-budak ladang punya . kitaorang yang bukan budak ladang ni just tengok je la rusa bila kitaorang keluar joging sampai ke ladang ni .


sebelah HEP , bumbung biru yang nampak tu makmal plastic untuk budak polimer . bau plastic baii

 seterusnya Tasik Ilham yang tak bagi satu ilham pun untuk aku . tasik ni ada ikan  aku rasa macam nak tangkap je ikan tu buat ikan bakar cicah air asam . ahahaha . port untuk rehat bila letih joging , tapi bagi kitaorang , joging seround , selfie 30 gambar dah >_<




Ni pulak Dewan Seri Semarak , if ada event official diorang buat kat sini la . gambar bawah ni aku ambik masa sesi berjumpa dengan rektor untuk sembang (eh sembang ?) pasal student transit whether nak pilih Arau or Tapah . susah tau tak nak buat pilihan , sedih titeww.





Perpustakan . ok takde kena mengena ambik gambar payung kt depan entrance. 


Al-Farabi 2 . rindu sangat2 .
 dari Al Farabi 2 , tingkat atas sekali la , kita boleh nampak pekan Arau . sawah padi , gunung ganang . seriously weyh . tenang sangat bila tengok semua benda ni , tambah tambah lagi dengan angin sepoi-sepoi language . Rasa nak nangis bila terbayang ketenangan kat sana . eh !






Ais Krim Kafe Dahlia . Favourite , . oblong dengan roti arab dia mesti serious sedap ! harga pun tak mahal .


yeayyy ! Padang Kawad . bila petang jumaat je , kami pun berlari lari la kesana sebab ada kokurikulum .



Stadium . masa ni event sambut merdeka rasa nya . havoc dowh . plus dengan budak-budak spotrec yang memang havoc tu .

 Dewan Lama or budak ladang panggil kandang kuda . hmm... memang macam kandang kuda pun , dewan lama kan . kayu . masa ni kitaoarang tengah prepare untuk Test 3 Biology .



Feveret feveret !! Kedai makan depan Matrikulasi Perlis . tak sampai 10 minit dari gate belakang UiTM . Murah pun murah , mee sizling dia jangan cakap la , memang sedap .

Pusat Islam

dari depan PI 



Dalam PI

Tempat wuduk . sebelah tu toilet . eh ! tu pun nak cerita jugak eh ?
hahaha




Ha , kayy . Aku rasa sampai sini je kot list aku yang entah pape ni  . bye . 
*rasa nak beli tiket tren ke Arau . eh tetiba .

Saturday, 12 September 2015

Throwback Raya la sangatt

Assalamualaikum semua . See , dah hampir sebulan kot aku kurang ( tak aktif sebenarnya) ber blogging bagai ni . Tak tahu la sama ada mood tak datang , malas , takde masa ke hape yang melanda diri nihh ! Dok mendolod movie rajin pulak . Kemain sampai bukak request kat kawan-kawan siapa nak movie terbaru . pehh ! Macam kerja cetak rompak je rasa . T.T . Sedih dowhh . Semangat kuat makan kemain banjir dalam diri ni , sampaikan time menulis ni pun tengah melahap . Entah saka apa yang masuk dalam badan ni menghasut aku untuk makan seteruk ni . Double sedih !! .
Okay , enough with the babbling nihh ! *ewww, how rojaknya u nih ! 
Malam ni teringin meringin nak throwback gambar last day raya . Yeayhh ! Ada orang tu berbaik hati buat open house dan jemput kitaorang untuk melantak kat rumah dia . Disebabkan kami ni pelajar yang stay dalam kampus plus takde kederaan , dia berbaik hati nak ambik dari rumah dia . Tak jauh mana pun . Tanjung Malim je , then kitaorang kat Tapah je punn. Tapi disebabkan ramai (dalam dekat 20 gak la , aku tak ingat sebab aku cuma ingat makan) , kitaorang terpaksa sewa kereta , 2 buah . 1 buah kereta tu budak kelas owner open house punya , dan 1 lagi kereta - aku , kawan aku , kawan aku , kawan aku , kawan aku , kawan aku . boleh korang bayang kami ber enam ni naik kereta waja . brsempit dowh 4 orang kat belakang . :) tapi yang leganya aku duduk sebelah driver . kikiki . feel comfort gitewww . yang lain naik kereta owner and other car la . bila sampai je rumah open house tu , kemain betul tudung bagai , masuk rumah , salam tuan rumah , sengih sengih macam kerang busuk sambil tengok makan atas meja . Hahahaha . bila dah dijemput makan baru la makan macam budak tadika . Habis je makan ,sembang -sembang sat dengan tuan rumah . kalau dah namanya perempuan , pasal resepi makanan tu  memang topik wajib la , tapi aku tak terlibat sebab aku masih busy dengan makan . haishh , aku  dan makan berpisah tiada . macam biasa , tak lengkap kalau tak bergambar ni , so bergambar la sikit sikit dengan tuan rumah kannn 

dengan tuan rumah uolls ! yang berbaju kurung biru tu . Haipp , cikgu sejarah tau tak . 


ewahh , nak mencelah jugak aku even job aku cuma tekan button camera je. my housemates la diorang ni . 

Tuan rumah yang sebenar benarnya . Dr.Zabidi . 

anak tuan rumah dan kitaorang yang tak cun kat belakang tu . 




.Bila dah bergambar bagai tu , ada 1 kereta ni nak balik dah sebab ada hal . Tapi kitaorang still stay la sebab , yela , dah rehat-rehat jap . lagipun kitaoran sewa kereta tu sehari kott ! so membazir la kalau balik awal . 
Around pukul 3 baru kitaorang berangkat pulang (acewah ayatt !) . masa dalam perjalanan balik tu , kawan aku drive macam biasa since kereta kitaorang proton waja je , nak dibanding kereta yang kawan aku naik tu Honda CRV . Tapi entah macam mana , adrenalin nak laju tu muncul , yang kawan aku ni tekan minyak lelaju sampai boleh potong kereta kawan aku yang Honda ni , and kitaorang sebagai penumpang keretA NI siap bagi galakan bagai suruh laju lagi . Tapi , memang betulla , malang tak berbau weyhh ! Kawan aku yang naik kereta Hnda tu call kata tadi ada speedtrack (T.T) *guruh berdentum dalam hati . Ohemgii ! Harap tak sampai saman kat rumah owner kereta . T.T , Maafkan kami owner kereta . 
then kawan aku ni sambung drive slow memang slow habis la . Sampai satu tempat , atas sikit pada Behrang , driver aku ni tetiba pening and dia mintak aku ganti untuk drve . Aku pun macam gaya terkejut dapat Grammy award la ' r u serious weyh !! ' Aku tak pernah kot drive sejauh ni , nak sampai ke Tapah pulak tu , paling gempak , aku tak pernah drive bawak kawan and bawak kereta auto ! . Tapi gagah pi la , kitaorang inform la pada kawan dalam kerta Honda tu yang kitaorang nak tukar driver . 
As expected , bila aku drive , sorang pun tak berani nak lelap dalam kereta sebab keyakinan diorang kat aku cuma 50 % je , hahahahaha . Rasain !! Risau , cuak kemain muka diorang masa aku drive . dengan kejap dok lorong kiri , kejap dok lorong kanan . Kejap laju , kejap slow . Hahaha . Takpe, aku cakap kat diorang 'korang tau tak , aku bukan sengaja bawak menggila , tpi aku nak ajar korang erti bersyukur dapat hidup di bumi bertuah ni' . Hehh ! Kawan aku kata yelekau ! Hahaha  , memang bangang je rasa time tu . Mata pandang jalan je . Tapi Alhamdulillah , kami selamat sampai ke Tapah tanpa sebrang kecederaan fizikal , hanya mental . Aku ?  Jangan cakap la , turun dari kereta menggeltar kaki tangan , even aku yang drive . (tak percaya diri betull) -The End of Repekan merapu nih ! 

-maafkan aku kalau ada typo . puiii. jari makin gemuk ahh . 

Friday, 21 August 2015

Penat tapi berbaloi

Hai Assalamualaikum u guys ! 

Awkward gila rasa bila dah lama tak emnulis ni kan . Haaa.. sealama ni dok menaip ke 
assignment , lab report je . Seriously guys ! Semester 3 ni memang pack la rasa . Every week , every day mesti ada kerja yang kitaorang buat (tapi time tulis ni , kita free , kikiki ) . Can you imagine how , kitaorang pernah tidur 4 . jam sehari selama 2 minggu berturut turut. Ya Allah , seriously kitaorang cuma mampu cakap Alhamdulillah dan gelak je bila dapat peluang rehat 1 hari tanpa perlu pikir pasal kerja , study , assignment bagai . and pernah1 hari tu , class direct pagi pukul 8 sampai pukul 2 . Rehat makan , solat zohor , then pukul 3 sampai pukul 7 . pukul 8 dah bersiap kena ke class sampai pukul 10 . honestly time tu rasa nak menjerit gila-gila sebab letih sangat . petang 5-7 tu latihan taekwondo T.T .
Alhamdulillah la lab fizik dah habis so kitaorang merasa la rehat dari pukul 12 hingga 3 . 
But , semua penat ni worth la . Yela , bila lagi kan kita nak merasa macam ni melainkan masa zaman belajar je . time kerja nanti takde dah merasa semua benda ni , nak merasa "Eh harini bos takde , so office tak bukak" memang tak la kan . So conclusionnya , enjoy la puas2 zaman belajar ni . Tapi jangan enjoy sangat sampai result ke laut . gotto go . 

Saturday, 27 June 2015

Minuman Infus untuk kesihatan di bulan Ramadhan


Minuman infus atau turut dikenali sebagai minuman detoks ni bukan saje bagus untuk kesihatan , tapi mudah untuk disediakan . Tak payah guna pengisar segala bagai la apatah lagi nak campur gula apa semua tu . Minuman ni Cuma gabungan buah-buahan dan air kosong . Macam mana nak buat ? Caranya , pilihla buaha-buhahan favourite korang , then potong ikut kesesuaian (keping ke , or dadu ) , lepastu masukkan ke dalam bekas dan letak air . Simpan semalaman dan boleh diminum . Kalau nak fresh fresh letak dalam peti sejuk >_< . Selamat mencuba .

*      OREN + LEMON + HALIA
Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Lemon pula membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia bagus untuk sistem imun.

*      2. TIMUN, RASPBERI DAN ANGGUR
Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin. Raspberi pula mempunyai ciri-ciri anti-radang, dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun.

*      3. RHUBARB, EPAL DAN KULIT KAYU MANIS
Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah dan epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan. Kayu manis pula merupakan salah satu herba berkesan sebagai penggalak metabolisme badan.

*      4. STRAWBERI + LIMAU
Strawberi penuh dengan anti-oksidan dan limau pula sangat baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku.

*      5. NANAS + DAUN PUDINA
Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis, dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan
.
*      6. TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LIMAU

Ia bagus untuk membakar lemak, penghadaman, sakit kepala dan menghilangkan bau mulut.

*      7. STRAWBERI + KIWI
Bagus untuk kardiovaskular, perlindungan usus dan kitaran gula darah.

*      8. TIMUN+ LIMAU + LEMON

Sesuai bagi mengawal nasfu makan, penghidratan, elak perut kembung dan kekal kurus.